Sekiranya Terus Ingkar, PKP Mungkin Dilanjutkan Hingga Jun

pkp lanjut hingga jun

Walaupun Fasa 1 dan Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di Malaysia menampakkan pengurangan kes positif melibatkan COVID-19 namun ia masih belum mencapai keputusan yang memuaskan. Oleh itu, Fasa 3 perintah ini akan bermula daripada hari ini sehingga 28 April nanti bagi memperoleh hasil yang lebih memberangsangkan.

Setakat hari ini, negara kita telah mengesahkan 4,987 kes positif virus tersebut manakala 2,478 daripadanya sudah pun pulih dan discaj. Agak menyedihkan kerana pandemik ini, sebanyak 82 angka korban yang dicatatkan.

pkp lanjut hingga jun

Disebabkan masih ada segelintir rakyat Malaysia yang berdegil dan tetap berkeliaran di luar rumah tanpa sebarang alasan munasabah, PKP ini berkemungkinan besar akan dilanjutkan hingga selepas Jun nanti. Ini bagi memastikan jumlah kes yang disahkan bakal berkurang dan seterusnya mencapai angka sifar tak kiralah lama mana pun prosesnya.

Advertisement

Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.

Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP.

PKP Fasa 3 ini adalah satu tempoh masa yang kritikal bukan sahaja bagi kerajaan malahan kesemua rakyat Malaysia dalam membendung COVID-19 sehingga ke akar umbinya.

pkp lanjut hingga jun

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan terus melakukan sekatan jalan raya di seluruh pelosok negara sebagai salah satu inisiatif untuk mengingatkan rakyat supaya mematuhi PKP.

Bahkan kompaun RM1,000 yang dikenakan kepada pesalah PKP bukan lagi fokus utama pihak berkuasa tetapi mereka kini akan terus direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Bersama kita bekerjasama untuk menghapuskan COVID-19 di Malaysia.

Sumber

Comments

comments