Sekolah Hadiahkan Motor Dan Percutian Jika Pelajar Dapat Kehadiran Penuh

647

Setiap sekolah pasti ada cara mereka yang tersendiri dalam memberi ‘reward’ atau ganjaran kepada pelajar cemerlang. Bukan sahaja untuk pelajar cemerlang tetapi untuk pelajar dengan kehadiran penuh juga, wajar diberikan ganjaran.

Baru-baru ini, sebuah sekolah telah menarik perhatian netizen dengan pemberian motorsikal kepada pelajarnya! Bukan sahaja diberikan motor malah hadiah percutian juga diberikan kepada pelajar dengan kehadiran penuh sepanjang tahun.

“Ini cara sekolah saya galakkan pelajar tak ponteng sekolah”

Memang lain daripada yang lain! Ini salah satu usaha yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut untuk menggalakkan pelajar hadir ke sekolah sepenuhnya sepanjang tahun. Untuk pelajar dengan 100 peratus kehadiran penuh akan menerima peralatan sekolah.

“Bagi hadiah utama seperti motorsikal dan percutian dipilih secara cabutan bertuah.”

Untuk kali ini, pemenang tempat ketiga mendapat sebuah televisyen LED, tempat kedua mendapat pakej percutian beserta tiket penerbangan ke Pulau Langkawi manakala tempat pertama membawa pulang sebuah motosikal!

pelajar sekolah
Segala hadiah yang diberikan kepada pelajar ini adalah hasil sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu sendiri. Bukan sahaja usaha ini untuk menggalakkan pelajar ke sekolah tapi pelajar juga lebih bersemangat untuk mendapat ganjaran.

Sebelum ini, sebuah masjid di ibu negara memberikan wang belanja kepada pelajar sekolah yang hadir solat berjemaah di masjid. Untuk baca artikel penuh, klik pada pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Program Solat Subuh Di Masjid Berikan Duit Belanja Kepada Pelajar Sekolah

Comments

comments