Sekolah Terpaksa Ditutup, 11 Guru Dan Seorang Murid Positif Covid-19

Sedang negara dalam usaha untuk mengurangkan kes sedia ada, timbul pula isu apabila sebuah sekolah di Ketereh yang terpaksa ditutup selepas 11 guru dan seorang murid dipercayai positif Covid-19.

Khabarnya, ini berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, kes berkenaan dikesan semalam selepas guru terbabit menjalani ujian calitan.

Susulan itu, sekolah terpaksa ditutup selepas diarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Kesihatan Daerah.

Covid-19
Gambar Hiasan

Untuk kepastian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi turut mengesahkan kes berkenaan.

Advertisement

Apa-apa pun, semoga Malaysia cepat pulih dari jangkitan Covid-19 ini. Jaga SOP ya semua, staysafe!

SUMBER

Comments

comments