Seksinya Model Terbaru Chuck Taylor All-Stars ‘See-Through’

4609

Rata-rata peminat kasut sekarang meminati fesyen konsep ‘see-through’ kerana ianya nampak unik dan lain dari yang lain bagi si pemakai kasut.

Bagi anda yang meminati konsep ‘see-through’, jenama Converse bukanlah kali pertama mengeluarkan kasut untuk fesyen ini tetapi kali ini dengan peningkatan kualiti bahan yang digunakan.

Converse Jepun akan memperkenalkan rekaan ‘see through’ pada rekaan identiti Converse, Chuck Taylor All-Stars.

Rekaan ini hanya didatangkan dengan 2 warna iaitu putih dan merah jambu. Ia diperbuat daripada getah premium yang pastinya akan memberi keselesaan dan membuatkan edisi kali ini lebih ringan.

Jadi kepada peminat kasut konsep ‘see through’, anda boleh dapatkannya pada bulan Julai ini dengan harga serendah ¥8500 bersamaan RM326 sahaja. Murah kan?

Jika berminat dan sampai termimpi nak dapatkan koleksi ini boleh lawati laman Converse Japan untuk mendapatkan kasut idaman anda.

Sumber: HYPEBEAST

Comments

comments