Sekujur Tubuh Tidak Bernyawa Ditemui Dalam Kereta Di Tepi Jalan

mayat

Polis menemui mayat lelaki dalam kereta yang diparkir di bahu jalan berdekatan di sebuah pangsapuri di Sri Petaling.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni berkata pihaknya dimaklumkan kejadian susulan menerima panggilan orang awam jam 10.05 pagi.

Beliau menyatakan berdasarkan pemeriksaan di lokasi tersebut menemui pasu yang mengandungi arang dan ‘fire starter’ di ruangan kerusi penumpang hadapan kereta itu.

mayat lelaki

Advertisement

“Siasatan awal, mangsa yang ditemui di bahagian kerusi pemandu disyaki membakar arang di dalam kereta tersebut dan menyebabkannya mati lemas akibat kepulan asap”.

Katanya dalam satu kenyataan, ambulans dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan pihak bomba turut hadir di lokasi kejadian. Tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR)

Mayat mangsa yang berusia 20-an dibawa ke HUKM untuk dibedah siasat.

Sumber

 

Comments

comments