Sekumpulan Individu Lintas Jalan Sambil Menari Curi Tumpuan

Sekumpulan Individu Melintas Jalan

Korang tahu apa itu lintasan belang? Bagi pengguna jalan raya, korang pasti mengenali lintasan belang ini. Lintasan belang atau lebih dikenali sebagai lintasan zebra adalah sejenis lintasan pejalan kaki yang digunakan di banyak tempat di seluruh negara.

Lintasan belang ini juga adalah laluan yang ditetapkan untuk para pejalan kaki menyeberangi jalan raya. Lintasan ini direka bentuk supaya pejalan kaki boleh dilihat oleh pemandu kenderaan dan mereka boleh melintas dengan selamat menyeberangi aliran lalu lintas kenderaan.

Melintas jalan menggunakan lintasan khas yang juga mempunyai lampu isyarat ini adalah satu cara mudah dan selamat untuk semua orang. Pengguna jalan kaki pastinya faham dan tahu apakah cara selamat untuk melintas jalan.

Advertisement

Sebagai pejalan kaki yang berhemah, kita sepatutnya menggunakan lintasan pejalan kaki yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. Ia juga adalah untuk menjamin keselamatan kita sebagai pejalan kaki.

Sekumpulan lelaki dan perempuan melintas jalan sambil berpakaian seperti orang dulu-dulu

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @aboutjourney4 yang memaparkan gelagat sekumpulan individu ketika melintas jalan raya.

@aboutjourney4Macam – macam. Content tiktok ke tu??? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod


Dalam perkongsian video tersebut, pengguna laman sosial itu telah merakam gelagat sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan perempuan yang mahu melintas jalan.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila mereka juga dilihat memakai pakaian seperti orang dulu-dulu.

Lebih menghiburkan, mereka kemudiannya turut sempat menari ketika sedang melintas melalui lintasan pejalan kaki tersebut. Terhibur dengan galagat sekumpulan individu tersebut, perakam video itu juga dilihat ketawa di dalam keretanya.

“Kawan saya tu haha diorang dancer

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 498.1 ribu tontonan, 62.9 ribu tanda like dan 2.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat sekumpulan individu tersebut.

Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan Sekumpulan individu melintas jalan

Sekumpulan individu melintas jalan
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang tertanya-tanya untuk apa sekumpulan individu tersebut melakukan perkara itu dan mereka juga ternanti-nanti serta mencari hasil video tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments