Sekumpulan Lelaki Sangka Dapat Ikan Besar, Rupa-Rupanya…

Tidak dinafikan, boleh dikatakan ramai juga individu dalam kalangan masyarakat negara kita yang gemar kepada aktiviti memancing. Aktiviti ini sememangnya mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri sehingga ada yang sanggup tunggu hampir 3 ke 4 jam semata-mata untuk mendapatkan ikan.

Namun, terdapat juga individu yang merasakan aktiviti memancing adalah satu perkara yang tidak berfaedah. Mana tidaknya, alatan memancing sahaja boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit, manakala aktivitinya cuma duduk sahaja dan tunggu hingga ikan makan umpan.

Bagaimanapun, aktiviti memancing sebenarnya mempunyai banyak rahsia yang korang mungkin tidak tahu. Seperti hobi yang lain, memancing juga merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang serta mampu mengajar seseorang itu erti kesabaran.

Advertisement

Sekumpulan lelaki sangka dapat ikan besar, sekali motor pula yang muncul

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @zayen77 yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang memancing ikan di tepi sungai lazimnya seperti aktiviti harian yang sering dilakukan oleh para lelaki untuk mengisi masa lapang.

@zayen77mancing intok montor ???? suara asli – user3077697745280

Lain pula jadinya apabila mereka menyangka hasil tangkapan ikan tersebut bersaiz gergasi disebabkan ia menghasilkan satu kocakan air yang besar ketika mereka cuba untuk menarik ikan tersebut.

Tetapi, sekumpulan lelaki tersebut terkejut apabila melihat kemunculan sebuah motosikal lama yang tersangkut pada tali joran mereka. Habis musnah impian mereka untuk mendapatkan ikan besar.

Menerusi video itu juga, mereka kemudiannya berusaha menarik motosikal berkenaan naik ke tebing yang tinggi dengan menggunakan kudrat yang ada sambil diiringi gelak tawa para pemancing lain di lokasi tersebut.

“Ada motornya, jangan-jangan ada tulang manusia juga”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 372.5 ribu tontonan dan 15.9 ribu tanda like. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki yang menangkap motosikal tersebut.

Lelaki memancing ikan tangkap motor

Lelaki memancing ikan tangkap motor

Lelaki memancing ikan tangkap motor

Lelaki memancing ikan tangkap motor

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang hasil tangkapan mereka iaitu ikan besi besar itu sedap dimakan beramai-ramai bersama keluarga.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments