Selain Melaka, Lokasi-lokasi Ini Juga Merupakan Tapak UNESCO Di Malaysia

1122

Anda mesti selalu dengar tentang Melaka yang merupakan Tapak Warisan Dunia. Tapi sebenarnya anda tahu atau tidak apa sebenarnya Tapak Warisan ni? Dan apa kriteria sesuatu lokasi tu untuk diiktiraf oleh UNESCO?

Jadi artikel kali ini kami akan terangkan tentang Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kongsikan lokasi-lokasinya yang berada di Malaysia.

Apa itu UNESCO?

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB atau UNESCO merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya ialah untuk menyumbang dan mempromosikan keselamatan serta kerjasama melalui pendidikan, sains dan kebudayaan.

Tapak Warisan Dunia UNESCO

Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah tempat-tempat yang diberi pengiktirafan kerana kepentingannya kepada warisan budaya atau khazanah semula jadi.

Sumber: ttnotes

Sejarahnya bermula ketika Mesir bercadang untuk membina Empangan Aswan tetapi untuk menjayakan cadangan itu mereka terpaksa ‘mengorbankan’ kuil Abu Simble dan Philae.

Kuil Abu Simble Sumber: Descopera
Kuil Philae, Sumber: Indolah

Jadi untuk melindungi kuil tersebut, PBB memulakan program Tapak Warisan Dunia ini supaya dapat menjaga dan memelihara lokasi-lokasi yang penuh dengan nilai budaya, warisan dan sejarah.

Setiap tahun, lebih kurang 25 tapak global yang dianggap mempunyai “nilai yang luar biasa” ditambah ke dalam senarai Tapak Warisan. Sekarang terdapat lebih 1,000 yang telah diiktiraf dan boleh dikunjungi di seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri, terdapat 4 lokasi yang telah diiktiraf oleh UNESCO termasuklah Melaka. Jadi ini merupakan senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berada di Malaysia.

Warisan Arkeologi Lembah Lenggong

Lembah Lenggong dianggap sebagai salah satu tapak arkeologi yang paling berharga di Semenanjung Malaysia. Diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2012, di sini terdapat banyak bukti penggalian yang dikaitkan dengan zaman pra-sejarah di Malaysia. Bukan itu sahaja, aktiviti manusia yang paling lama dapat dikesan di tapak ini. Beberapa pakar arkeologi menggelarkan lembah ini sebagai muzium terbuka.

Taman Negara Mulu

Sumber: Voyages

Taman negara ini merupakan salah satu antara dua tapak semulajadi yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia. Terletak di Sarawak, lokasi ini diiktiraf pada tahun 2000 oleh kerana gua-gua dan kast yang terhasil di kawasan hujan khatulistiwa. Taman ini amat terkenal dan menjadi pilihan para pengembara yang ingin melihat sistem gua yang besar dan dikelilingi hutan hujan disekitarnya.

Taman Negara Kinabalu

Sumber: Klook

Ini merupakan tapak semulajadi kedua yang masuk dalam senarai UNESCO untuk Tapak Warisan di Malaysia dan merupakan taman negara pertama yang ditubuhkan di negara kita. Pada bulan Disember 2000, Taman Negara telah mengiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Terdapat lebih 4,000 spesis flora dan fauna yang menghuni di sini.

Bandar Georgetown

Sumber: Shinyvisa

Turut disenaraikan bersama dengan Bandaraya Melaka ialah Bandar Georgetown, Pulau Pinang. Penyenaraian yang menggabungkan dua bandar terkenal ini kerana hubungan bersejarah kedua-duanya ketika zaman penjajahan dahulu. Bandar-bandar ini membuktikan 500 tahun pertukaran budaya dan perdagangan antara timur dan barat dan keduanya diiktiraf sebagai bandar bersejarah Selat Melaka.

Jadi sempena bulan kemerdekaan ni, apa salahnya kita jelajah tapak-tapak warisan ini dan jom cuti-cuti Malaysia!

Sumber: UNESCO Malaysia & Everything everywhere

Comments

comments