Selamba Keluar Rumah Dengan Gelang ‘Pink’, Lelaki Dikompaun Serta-Merta

Gelang pink

Kalau dikira-kira, kes langgar SOP yang melibatkan individu memakai gelang merah jambu ini semakin menjadi-jadi. Sikap kurang peka ini bukan sahaja bakal menimbulkan masalah kelak, malah jelas menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri.

Memetik laporan Kosmo, seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu atau pesakit di bawah pengawasan (PUS) ini serta-merta dikenakan kompaun RM4,000 selepas didapati berada di dalam sebuah komplek makanan di Teluk Air Tawar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan lelaki berusia 58 tahun itu sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

Siasatan mendapati dia masih dalam tempoh kuarantin.

“Justeru dia dikenakan kompaun RM4,000 atas kesalahan tersebut”

gelang pink
Gambar Hiasan

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 27 kompaun kepada orang awam selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Advertisement

Dalam jumlah lain, 25 daripadanya didapati melakukan kesalahan berkumpul tanpa mengamalkan penjarakan fizikal di beberapa lokasi yang diperiksa. Disebabkan kesalahn itu, mereka dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang.

Manakala seorang pemilik kilang turut dikenakan kompaun RM2,000 kerana tidak mengimbas kod aplikasi MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Macam-macam betul. Kalau dah kena kuarantin tu, tolonglah patuh ya. Elakkan jadi manusia yang membebankan orang sekeliling.

SUMBER

Comments