Selepas 10 Bulan Terlibat Kemalangan, Tengkorak Manusia Dan Kereta Ditemui Di Cerunan Lebuhraya

kemalangan

Dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan, seorang mangsa ditemui hanya tinggal tengkorak di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh.

Asisten Komisioner Ismal Dollah iaitu Ketua Polis Daerah Batu Pahat berkata polis menerima maklumat daripada pekerja penyelenggaraan lebuh raya mengenai penemuan sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dan menemukan satu tengkorak manusia sebelah kiri lebuh raya pada jam 1.10 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya, manakala tengkorak pula dijumpai berhampiran dengan kereta berkenaan”.

tengkorak

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku pada Mei atau awal Jun tahun lalu.

Advertisement

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan”.

Menurut Ismail Dollah, pemilik kereta Hyundai Sonata itu sudah dikenal pasti dan sedang menunggu waris untuk siasatan lanjut.

“Kami sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemalangan berkenaan”.

Beliau berkata tengkorak manusia itu dibawa ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ismail juga menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu atau menunggang kenderaan.

Sumber

Comments

comments