Selepas 21 Tahun, Bas Mini Akan Mula Beroperasi Kembali

1796
https://i.postimg.cc/15hqQXhT/basminikualalumpurbandarayabandar-1200x622.jpg

Satu masa dahulu rata-rata dari kita menggunakan perkhidmatan bas mini sebagai pengakutan utama ke ibu negara dengan harga yang murah dan memudahkan.

Kini, anda semua akan menikmati perkhidmatan bas mini selepas 21 tahun dihentikan di ibu negara mulai bulan depan.

Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi bermula dari 1 Sept hingga 29 Nov 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij berkata, bas mini itu boleh membawa 31 penumpang di dalam setiap bas yang akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

perkhimatan bas mini sehingga jam 11.40 malam

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rapid Bus untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang kami.

Perkhidmatan percubaan itu akan membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.

Bas mini merupakan pemandangan biasa di ibu negara dari 1970-an hingga 1990-an dan bas yang sentiasa sesak dengan penumpang itu dianggap sebagai pengangkutan awam paling murah pada masa itu.

Diperkenalkan pada 1975, perkhidmatan itu ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara.

 

Adakah anda orang pertama yang akan menaiki perkhidmatan bas mini ini?

 

Sumber: Bernama

Comments

comments