Selepas Digantung Tugas Hitz FM, Yusuf Shukri Tampil Mohon Maaf

Sebab itulah orang selalu kata berfikir dahulu sebelum lakukan apa-apa, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’, peribahasa ni sesuai untuk penyampai radio yang mengetawakan guru bahasa Inggeris di Tiktok.

BACA : Penyampai Radio Hitz Sarawak Digantung Akibat Gelakkan Guru Bahasa Inggeris

Bagaimanapun, penyampai radio yang dikenali sebagai Muhammad Yusuf Shukri sudah tampil memohon maaf secara peribadi dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Facebook.

“Saya dengan ikhlas hati memohan maaf kepada guru yang terlibat dalam video di akaun TikTok itu. Saya baru tahu bahawa guru-guru mengajar di hadapan kamera secara sukarela hanya untuk membantu generasi muda sekarang. Jadi saya rasa perbuatan mengelakan guru tersebut sangat tidak patut dan keterluan”. – Katanya.

Advertisement

Sebelum ini pihak pengurusan Hitz FM Sarawak turut telah menggantung tugas Yusuf bagi memberi ruang siasatan dijalankan.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak terlalu bebas menggunakan media sosial.

Sumber

Comments

comments