Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula

1012

Taman Tasik Titiwangsa antara lokasi yang menjadi pilihan untuk warga kota beriadah bersama keluarga. Pada September tahun lalu, kerja-kerja pembaikan dilakukan untuk proses naik taraf. Kini ianya bakal dibuka semula pada Januari 2020 dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti terbaru.

Tetapi harap maklum, pengunjung dinasihatkan untuk tidak berkunjung sebelum tarikh pembukaan dihebahkan. Ini kerana tiada pasukan sekuriti atau kontraktor ditugaskan kerana masih belum dibuka secara rasmi. Lagi-lagi sekiranya berlaku apa-apa kemalangan.

Untuk anda yang dah tak sabar untuk lihat wajah baru Tasik Titiwangsa ini, kami kongsikan beberapa gambar menarik fasiliti terbaru di sana.

tasik
tasik
tasik
tasik
tasik
Ada banyak lokasi menarik yang sangat “Instagramable” untuk pengunjung bergambar. Bagi mereka yang tinggal sekitar ibu kota, nantikan tarikh pembukaan rasmi Taman Tasik Titiwangsa ini. Yang penting, sama-sama lah kita menjaga kemudahan yang ada daripada dirosakkan individu tak bertanggungjawab.

Comments

comments