Selepas Tular, Polis Cari Wanita Beri Anak Hisap Vape

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang individu dengan selamba menyuap seorang kanak-kanak menghisap rokok elektronik ataupun vape. Namun tidak sampai 24 jam video itu tular, polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram yang memuat naik video pendek itu.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Siti Kamisah Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan polis daripada mana-mana pihak.

Walaupun tiada laporan polis dibuat, polis sedang mengesan pemilik akaun tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kita sedang mengesan wanita itu untuk siasatan dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan”

Terdahulu, tular di laman sosial satu video pendek berdurasi 12 saat yang menunjukkan seorang ibu memuat naik video anaknya yang dipercayai berusia 2 tahun disuap rokok elektronik atau vape sehingga mengundang kemarahan netizen. Hal itu menyebabkan kanak-kanak tersebut seperti sukar bernafas pada sedutan kedua.

Advertisement

Sumber

Comments

comments