Selipar LV Tan Sri Annuar Musa Tular, Netizen Terkejut Lihat Harganya

Dalam keadaan politik tanah air yang menjadi perhatian rakyat sejak kebelakangan ini, tak sangka netizen turut memberi perhatian kepada pakaian yang dipakai oleh ahli politik Tan Sri Annuar Musa. Kelmarin, tular selipar yang disarungkan olehnya ketika menerima kunjungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sampai menjadi perbualan hangat di serata media sosial.

Merujuk posting yang dimuat naik di laman Twitternya, Tan Sri Annuar Musa dilihat sedang mendukung cucu kembarnya sambil mengenakan selipar berwarna hitam yang berjenama Louis Vuitton iaitu jenama mewah yang sering mendapat tempat dalam kalangan peminat fesyen terutama sekali oleh golongan muda.

Advertisement

Sangat mengejutkan kerana sebaik sahaja entri tersebut dimuat naik, netizen terus membuat semakan mengenai selipar tersebut kerana timbul rasa ingin tahu tentang harga pasarannya.

Mengejutkan apabila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan harga selipar itu yang mencecah sehingga RM4,650.

Tak cukup dengan mencari tahu tentang selipar yang disarungnya, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memeriksa harga setiap barangan peribadi Tan Sri Annuar Musa yang tertera di dalam gambar tersebut.

Lagi mengejutkan apabila seorang lagi pengguna Twitter telah memuat naik entri yang jelas menunjukkan nilai jam tangan yang dipakai oleh ahli politik itu.

Jam tangan bernilai lebih RM 1.2 Juta

Bukan calang-calang harga jam tangan berjenama Richard Mille itu kerana ia mampu membuatkan orang ramai terkejut. Gambar yang disertakan dalam entri tersebut menunjukkan harga jam tangan itu mencecah harga lebih daripada RM1.2 juta.

Tidak cukup dengan itu, ada sahaja yang membangkitkan rasa ingin tahu netizen. Antaranya ialah salah satu perabot yang menghiasi kediaman Tan Sri Annuar Musa iaitu buaian.

Buaian berharga RM 12,000

Netizen mengatakan buaian besar yang terdapat di dalam rumah beliau itu dikatakan bernilai sehingga RM12,000.

Selain itu, orang ramai yang melihat gaya hidup Tan Sri Annuar Musa yang serba mewah ini turut mengatakan bahawa gaya yang ditampilkannya nampak muda, jauh daripada stail yang sering dikenakan oleh orang seusia dengannya.

Rajin juga netizen mengkaji setiap barang milik Tan Sri Annuar Musa, kalah penyiasat buat kerja!

Sumber

Comments

comments