Semangat Girl Power! Adik Beradik Bantu Hasilkan Kolam Sendiri Dengan Kos RM3,000 Sahaja

2833

Berbekalkan bajet sebanyak RM3,000 sahaja, Hezline Athera gigih merealisasikan impiannya untuk mempunyai kolam sendiri di rumah. Dengan bantuan adik beradik yang lain, kolam yang sepatutnya menelan belanja RM50,000 berjaya dihasilkan. Yang kagumnya, segalanya dilakukan sendiri daripada proses awal sehinggalah akhir. Tak ada tenaga buruh yang diupah hanya kaum keluarga sahaja yang membantu.

Tiga tahun pendam hasrat nak ada kolam sendiri

Kami adik beradik gather & gotong royong depan rumah, sebab tanah depan rumah belah kanan tu dah tak terjaga. Terus ikat tali dan buat macam pagar, korek tanah.

korek tanah buat kolam
Korek tanah makan masa selama dua minggu disebabkan kami semua perempuan dan korek tanah manually pakai cangkul je. Penat memang penat, tapi puas hati bila dah nampak sikit dia punya bentuk kolam tu.

kolam
kolam

Oh ya lupa, lepas siap korek tanah, kami jemur tanah tu selama sehari sebab dalaman tanah lembap, nanti tak lekat nak simen (yang ni fikir logik saja lah)

Alhamdulillah sehari panas terik, tanah mula mengering dan masa untuk ikat bata! Tak ada langsung upah buruh atau apa, kami la buruh. Kakak ku ada Dip in Civil Engineering, so basic tu dia tahu la sikit-sikit. Bancuh simen, ikat bata pakai kuasa girl power.

buat kolam
buat kolam
Kalau nak tahu, semua proses dilakukan waktu tengah malam pada jam 1 hingga 4 pagi sebab nak elakkan waktu panas. Jadi untuk yang tak tahan terik matahari, boleh lah cuba buat pada waktu malam juga.

Jangan lupa pipping untuk water flow in and out. Juga wire untuk pasang lampu. 

Gerak ke kerja ‘memelas’ dinding. Faham ke? Alah yang nak ratakan simen tepi bata tu. Okay kerja ni abang ipar dan sepupu settle kan. Lepas tu process minyak untuk effect licin pada dinding kolam. Yang hujung kolam tu tempat letak waterpump (beli yang kecil ikut capacity kolam je)

buat kolam
kolam sendiri

Okay dah 80% siap, sekarang kita test dulu kolam bocor atau tidak (simen berlubang & so on)

buat kolam sendiri
Alhamdulillah kolam tak ada bocor ke apa. Kasi flow out air dan mula mengecat! Cat pakai Expoxy Waterproof ;Blue. Dalam RM250 satu tin. Sebelum cat, pastikan kolam betul-betul kering dan kami cat 3 lapisan untuk kasi cat tebal. Selepas dah kering, bilas cat kolam sebab bau cat tu kuat!

buat kolam sendiri
And finally.. Dah siapp! Pasang lampu, water in, pool dah siap dah boleh mandi. Yang kayu sebelah tu adalah pagar putih kat belakang tu, itu pun buat sendiri, beli kayu, potong, cat putih dan deco dengan daun palsu. Yang gazebo tu tempah saja.

buat kolam sendiri
Semuanya berjaya disiapkan dalam masa sebulan dengan bantuan adik beradik yang lain. Kos perbelanjaan dalam RM5,000 termasuk dengan kos gazebo di sebelah. Memang penat tapi hasilnya kita akan lebih puas hati. Selamat mencuba!

Sumber

Comments

comments