“Semoga insaf, taubat” – Polis Arah Mat Rempit Solat Maghrib Berjemaah Terlebih Dahulu

Aktiviti menunggang motosikal sememangnya menjadi minat segelintir golongan anak muda. Tapi hobi seperti ini haruslah dikawal dan kena pada waktunya.

Dilaporkan seramai 11 orang ‘mat rempit’ dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah selepas ditahan sempena Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising), petang semalam.

Sebelum itu, mereka diminta untuk solat Maghrib berjemaah di surau IPD selepas ditahan oleh pihak berkuasa memandangkan pada ketika itu sudah masuk waktu solat fardhu Maghrib, lapor Harian Metro.

Advertisement

“Mereka diimamkan daripada kalangan mereka juga dan tazkirah disampaikan oleh anggota polis sendiri”

Kesemua ‘mat rempit’ yang berusia 14 hingga 20 tahun itu ditahan di Jalan Kampung Liku dalam operasi yang dilakukan pada jam 5.30 petang hingga 8 malam

Operasi itu melibatkan dua pegawai dan enam orang anggota dan sebanyak sembilan buah motosikal telah disita.

Sumber : Harian Metro

30 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis dengan pelbagai jenis kesalahan termasuklan kesalahan tidak memakai topi keledar.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ini mendapat pujian daripada warganet kerana mendahulukan solat terlebih dahulu sebelum melanjutkan proses seterusnya. Terbaik lah!

Sumber 

SUMBERHarian Metro

Comments