Sempena Aidilfitri Diskaun Tol Sehingga 20% Di Besraya, NPE Dan LEKAS 

1173

Raya nak dekat dah. Pasti ada diantara kalian sudah mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman dalam masa terdekat ini. Hari ini ada berita gembira buat semua perantau yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Apa berita gembiranya?

Untuk semua pengguna Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) anda akan menerima diskaun tol sebanyak 10% dan 20% sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pada 5 Jun ini.

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pengguna ketiga-tiga lebuh raya yang dikendalikannya itu akan menikmati diskaun tol bermula dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.

Pengguna jalan raya yang menggunakan Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di BESRAYA bakal menerima diskaun tol 20%; Plaza Tol Pantai Dalam, Plaza Tol PJS2 dan Plaza Tol PJS5 di NPE juga diskaun tol 20% manakala Plaza Tol Ampangan (LEKAS) diskaun 10%.

Pemberian ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Aidilfitri buat pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman.

Bukan itu sahaja, pasukan peronda akan ditugaskan bagi memastikan keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya terkawal dan akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada pengguna sekiranya berlaku masalah.

Jadi nak pulang beraya selepas ini jimat sikit lah duit anda untuk raya Aidilfitri kali ini.

 

Sumber: Astro Awani

Comments

comments