Semua Kuliah Universiti Diteruskan Dalam Talian, Hanya 5 Kategori Ini Dibenarkan Pulang Ke Kampus

Gambar hiasan

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa semua kuliah dan kelas di universiti akan terus dilakukan secara dalam talian sehingga Disember 2020.

Berikutan perkara itu, pengecualian telah diberikan kepada lima kumpulan akademik ini bagi memudahkan segala urusan yang tertunggak. Lima kumpulan ini dibenarkan kembali ke kampus secara beransur-ansur untuk terlibat dalam penyambungan semula program Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP):

Kumpulan 1
Pelajar pasca-siswazah yang berada dalam mod penyelidikan di universiti awam dan swasta mempunyai kebenaran untuk meneruskan penyelidikan mereka dengan segera.

Walau bagaimanapun, pengecualian ini hanya diberikan kepada pelajar yang perlu hadir secara fizikal di makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khas untuk menjalankan penyelidikan mereka.

Advertisement

Gambar hiasan

Kumpulan 2
Pelajar tahun akhir atau mereka yang berada di semester akhir sijil, diploma dan sarjana yang terlibat dalam kerja klinikal, latihan praktikal, bengkel, makmal, studio reka bentuk, kerja praktikal atau bergantung pada peralatan khusus.

Pelajar-pelajar ini dibenarkan untuk untuk kembali ke kampus mulai 1 Julai dan seterusnya.

Kumpulan 3
Pelajar semester yang tidak mempunyai akses atau persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dalam talian.

Pelajar ini dibenarkan kembali ke kampus dari 1 Julai untuk menggunakan infrastruktur kampus untuk PdP dalam talian mereka.

Kumpulan 4
Pelajar berkeperluan khas dalam program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di politeknik dan kolej komuniti yang memerlukan bimbingan tenaga pengajar.

Pelajar ini dibenarkan kembali ke kampus dari 1 Ogos.

Kumpulan 5
Pelajar pengambilan baru untuk tahun akademik 2020/21 di:

  • Semua institusi awam dan swasta
  • Politeknik dan kolej komuniti untuk sijil, asas dan diploma yang melibatkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan memasuki program ijazah pertama

Tarikh kemasukan untuk kategori pelajar ini telah ditentukan seperti berikut:

  • Pelajar peringkat sijil dan diploma di politeknik dan kolej komuniti – 1 Julai
  • Pelajar asas, sijil, diploma dan sarjana di institusi swasta – 1 Julai
  • Pelajar asas dan diploma di universiti awam – 1 Ogos
  • Pelajar mod penyelidikan dan ijazah sarjana muda di institusi awam dan swasta – 1 Oktober.

Kumpulan akademik ini akan dibenarkan untuk meneruskan aktiviti PdP tertakluk kepada tarikh akhir Perintah Pengendalian Bersyarat (CMCO).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments