Semua Penerbangan Ke Luar Negara Akan Dikenakan Levi Perlepasan Mulai Jun Ini

898


Buat para pengembara dan kaki melancong anda semua sudah tahu ke jika hendak ke luar negara selepas ini akan dikenalan levi perlepasan setelah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undand-undang Levi Pelepasan 2019 semalam.

Nampaknya anda yang bakal ke luar negara akan dikenakan levi pelepasan setelah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 semalam.

Untuk pengetahuan anda, levi pelepasan akan dikenakan ke atas semua penerbangan yang ke luar negara mulai 1 Jun 2019. Anda bakal dikenakan levi sebanyak RM20 jika ke negara Asean dan RM40 untuk negara lain.

Wah, banyak berita gembira sekarang untuk anda yang gemar ke luar negara. Kos semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, levi pelepasan ini hanya dikenakan kepada penumpang penerbangan dan akan diperluaskan kepada pengangkutan lain.

Levi pelepasan ini merupakan antara usaha kerajaan untuk menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Justeru itu, pelaksanaan levi pelepasan ini dijangka akan membawa hasil sebanyak RM900 juta hingga RM1 bilion setahun.

 

Sumber: Vocket

 

Comments

comments