Semua Vaksin Berkesan Terhadap Varian Delta – Khairy Jamaluddin

Semua Vaksin Berkesan Terhadap Varian Delta

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata semua vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan ketika ini berkesan terhadap varian Delta.

Tambah beliau, vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia buat masa ini telah terbukti terkesan terhadap varian baharu itu.

“Setakat ini, vaksin Pfizer dan AstraZeneca sudah pun menunjukkan keberkesanan melalui jurnal kesihatan walaupun ada penurunan tetapi ia masih laagi berkesan”.

“Vaksin Sinovac pula, kita telah menerima maklumat daripada pengeluar sendiri yang mengatakan bahawa Sinovac juga memberi tahap perlindungan yang baik terhadap varian Delta”.

Sinovac Berkesan Terhadap Varian Delta
Sumber – South Morning China Post

Menurut laporan Reuters, jurucakap syarikat Sinovac Biotech, Liu Peicheng berkata hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik di China mendapati vaksin Sinovac dapat mengurangkan simptom yang teruk disebabkan oleh varian Delta.

Advertisement

Data ini diperoleh daripada ujian darah individu yang telah diberikan suntikan vaksin Sinovac.

Tambah beliau, tambahan satu dos selepas dos kedua Sinovac boleh menambah ketahanan dan kekuatan antibodi untuk melawan varian Delta.

SUMBERAstro Awani

Comments