Sengaja Letak Pelekat Kuat Atas Rambut, Sekali…Mengeras Macam ‘Batu’

Kerana mahukan kelainan terhadap rambutnya, seorang wanita di Louisiana, Amerika Syarikat terpaksa mendapatkan rawatan di hospital bagi menanggalkan gam yang mengeras pada rambutnya.

Kejadian di Baton Rouge itu melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Tessica Brown sengaja menggunakan pelekat kuat jenama Gorilla Glue, sebagai inisiatif baru bagi menggantikan penyembur rambut yang biasa digunakan.

“Tengok, rambut saya tidak bergerak langsung. Saya basuh lebih 15 kali pun rambut saya masih tidak bergerak”

Sumber : Tiktok

Tambah wanita itu, selepas sebulan mencuba pelbagai kaedah termasuk bertanyakan petua dengan pengeluar produk gam itu namun masih tidak dapat mengembalikan keadaan asal rambutnya. Aduh..

Advertisement

Sabtu lalu, wanita itu sekali lagi berkongsi perkembangan terkini dia mendapatkan rawatan di Hospital St Bernard Parish, Chalmette.

Sumber : Metro

Kelihatan gambarnya yang menunjukkan dirinya dirawat petugas kesihatan di atas katil hospital dan di depan bilik kecemasan.

Setelah beberapa kali mencuba, syarikat pengeluar pelekat berkenaan memaklumkan kepada TMZ, Brown boleh mencuba membersihkan rambutnya dengan menggunakan alkohol. Nasib baik ada cara..

Namun, mereka memberi amaran jika masalah itu berlarutan sehingga sebulan kemungkinan boleh merosakkan akar rambutnya. Korang ada nak cuba ke?

SUMBERMetro

Comments