Seorang Ahjumma Dari Gereja Sebar Covid-19 Kepada 111 Orang Di Korea Selatan

Pada saat ini, coronavirus baru SARS2 sedang merebak di Korea Selatan. Amaran wabak telah dibunyikan pada tahap tertinggi iaitu amaran kecemasan merah. Sehingga kini, terdapat 556 kes jangkitan disahkan, dengan 5 kematian.

Bagaimanakah wabak ini boleh tersebar dengan meluas di Korea? Terdapat khabar bahawa seorang wanita telah menyebarkan virus itu kepada 111 orang pesakit di hospital. Ini kerana wanita itu, seorang ahli gereja kultus berkontroversi di Shincheonji telah membuat ‘kerja sukarela’ di hospital itu bagi menyebarkan fahaman Kristian.

Walaupun mempunyai simptom, wanita itu telah datang ke setiap pesakit yang semuanya tidak pernah meninggalkan wad sebelum ini, menyebabkan dia menjadi seperti bom penyebar Covid-19.

Kegiatannya hanya diketahui setelah pesakit-pesakit itu mengalami pneumonia dan hospital kemudiannya membuat ujian coronavirus untuk kepastian.

Advertisement

Kemudian, didapati bahawa kesemua pesakit di wad telah dijangkiti dan dari sini juga berlaku dua kematian pertama Covid-19 di Korea Selatan.

Kini semua wilayah di Korea Selatan telah mempunyai kes coronavirus, dan ia kini juga negara yang mempunyai kes coronavirus paling tinggi setelah China. – amazingnara.com via Donga

Comments