Seorang Bapa Hasilkan Aplikasi “RespondASAP” Dalam Telefon Anaknya

Pada zaman teknologi serba canggih ini, sudah ramai ibu bapa yang lupa tentang implikasi jika diberi smartpone kepada anak-anak.

Umum mengetahui, pada zaman kita kecil juga terdedah dengan telefon bimbit namun hanya mampu menghantar mesej dan bermain game ular saja.  Tidak seperti anak-anak zaman sekarang, sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi sehinggakan mengabaikan ibu bapa.

Seperti kebanyakan ibu bapa, Nick Herbert, seorang bapa dari United Kingdom mengalami kesulitan untuk berhubung dengan anaknya sendiri setelah dia membelikan smartphone kepada anaknya itu.

Advertisement

Disebabkan itu, Herbert mengambil keputusan untuk mereka sesuatu dan mewujudkan aplikasi “ResponASAP” yang akan mengunci telefon kanak-kanak sehingga mereka terpaksa bertindak membalasnya.

Menurut Herbert, ini adalah satu penyelesaian yang patut dilakukan kerana “telefon itu pintar”, anak-anak boleh bermain game dan ada kalanya anaknya membuat mod senyap untuk menonton video yang tak sepatutnya.

Bukan seperti aplikasi mesej yang lain, aplikasi ini akan berbunyi walaupun telefon mereka dalam keadaan mod senyap. Bunyi itu akan berterusan sehingga penerima membalasnya. Bukan itu sahaja, aplikasi ini dapat menjejak si pemegang telefon itu berada.

Aplikasi ini hanya di telefon android sahaj tetapi akan “datang ” untuk pengguna IOS. Harga aplikasi ‘ResponASAP’ bermula pada $1.25 (RM 5.10) untuk menyambung kepada orng lain.

 

Sumber: Distractify.com

 

 

 

Comments