Seorang Lelaki Anti Vaksin Kini Tak Sabar Divaksinasi

Bekas anti vaksin

Umum mengetahui, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebuah kempen vaksinasi kebangsaan yang dilaksanakan oleh kerajaan di Malaysia sebagai satu pendekatan untuk menggalakkan orang ramai mengambil suntikan vaksin supaya dapat membendung penularan wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara kita.

Program vaksinasi ini merupakan program imunisasi terbesar yang pernah dilaksanakan dalam sejarah negara kita dan ianya diuruskan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejak awal tahun 2021.

Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang menolak tindakan dan arahan pengambilan vaksin atau lebih dikenali sebagai anti-vaksin. Sikap skeptik golongan tersebut secara tidak langsung turut menguasai minda individu yang tidak percaya dengan program vaksinasi serta meragui bekalan vaksin yang diperoleh.

Advertisement

Lelaki tidak sabar untuk mengambil suntikan vaksin selepas disahkan positif Covid-19

Menurut laporan Harian Metro, seorang individu bernama Idris Jaafar, 57, yang masih belum mengambil suntikan vaksin mendapat pengajaran yang bermakna apabila disahkan positif dijangkiti Covid-19.

Malah dia sama sekali tidak menduga terpalit wabak tersebut selepas mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat setiap kali berada di luar rumah terutama di lokasi awam.

Katanya, dia akan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal berikutan menyedari tidak mengambil vaksin. Namun, semua langkah tersebut tidak mencukupi apabila dia dijangkiti virus Covid-19 selepas diserang demam panas, selsema dan batuk sejak 3 Oktober lalu.

“Saya bertindak pergi ke klinik berhampiran kediaman di Sungai Udang sebelum dinasihati menjalani saringan Covid-19 dan kemudian disahkan positif,” kata Idris Jaafar

Bekas anti vaksin
Idris Jaafar – Sumber Harian Metro

Lebih malang lagi, isteri dan anak bongsunya yang tinggal serumah juga turut positif Covid-19. Dia terkejut kerana kedua-dua mereka sudah lengkap menerima dua suntikan vaksin sejak lebih sebulan lalu.

Menurut Idris Jaafar lagi, dia kini menjalani kuarantin di rumah serta dipantau petugas KKM yang turut menghubunginya dan keluarga. Dia juga mengatakan yang dia kini sudah bersedia untuk divaksin.

“Sebelum ini pelbagai pandangan diberikan rakan-rakan, ahli keluarga dan adik beradik supaya saya mengambil vaksin namun saya menolaknya. Saya juga sanggup digelar anti vaksin,” katanya. 

Namun, kini dia akur dengan keadaan semasa dan kepentingan berikhtiar mencegah penyakit tersebut. pergerakannya semakin terbatas terutama untuk berurusan di agensi awam, solat di masjid, makan di kedai makan serta merentas negeri.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments