5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pelancong Malaysia Ketika Travel

2146

Percutian yang indah telah bertukar menjadi sebuah tragedi bagi warga Malaysia di Turki hari ini.

Hari ini kita semua digemparkan dengan berita kemalangan rakyat Malaysia dalam perjalanan ke Cappodocia, Turki. Dimana ketika kejadian, bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas.

Bas terbabit kemalangan

Dalam kejadian yang berlaku seorang lelaki maut dan 10 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit.

Dari kejadian ini, kita semua boleh ambik iktibar dan jadikan pengajaran. Hari ini kami akan kongsikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan pengembara Malaysia semasa bercuti di negara orang.

Travel ke tempat jauh waktu siang

Ini adalah kesalahan yang pertama. Korang sepatutnya melakukan perjalanan jauh dari lokasi A ke lokasi V pada waktu malam, bukannya pada waktu siang.

Sepanjang perjalanan yang dilakukan pada waktu malam memberikan masa dan peluang untuk anda berehat di dalam kenderaan.

Tambahan pula, ia menjimatkan sedikit kos penginapan. Pada waktu siang, gunakan masa sebaiknya untuk meneroka ke lokasi yang diinginkan.

Tidak ambil travel insuran

Rawatan hospital

Rata-rata dari kita selalu melakukan kesalahan ini. Mereka merasakan bahawa tidak ada kepentingan untuk membeli insuran semasa mengembara kerana ia dapat membantu anda jika berlaku kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

Sudah banyak kes di Malaysia di mana pengembara dari Malaysia menghadapi masalah dan tidak dilindungi oleh insuran.

Tidak Membuat Salinan Dokumen Penting

Mungkin kadang-kadang kita ambil mudah dengan salinan passport, salinan kad bank, salinan tiket flight dan juga salinan booking hostel. Kalau nak tahu, benda-benda ni adalah sangat penting terutamanya ketika sesi cop passport di balai ketibaan.

Kadang-kadang pihak immigration ini nak check anda bermalam di mana, dengan siapa dan kalau dia tak puas hati, dia nak check salinan tiket flight balik Malaysia. Kalau tak puas hati lagi, boleh jadi anda dihantar pulang terus ke Malaysia.

Mungkin anda akan cakap, tak apa, salinan tu semua ada dalam email. Perlu diingatkan, tak semua airport ada free wifi. Lagi pun kalau dah tengah panik, nama sendiri pun kita boleh lupa.

Ingat semua, anda perlu print siap-siap salinan booking penginapan, pengangkutan dan juga passsport.

Sentiasa Menganggap Percutian Tenang Tanpa Dugaan

Setiap percutian atau pengembaraan itu takkan lengkap jika tiada dugaan. Selengkap mana pun plan, memang akan ada sesuatu perkara yang akan terjadi tanpa dijangka. Sebagai contoh, sesat ketika mencari tempat penginapan, flight delay, bas tak sampai pada waktu yang sepatutnya, rusuhan di luar stadium dan macam-macam lagi.

Bila berlaku situasi-situasi seperti ini, anda kena tenang. Jangan kelam kabut. Jika travel bersama rakan-rakan, bincang sama-sama masalah yang dihadapi. Jangan biarkan hanya seorang sahaja yang fikir, yang lain sibuk update status di facebook.

Jangan stress, dan marah-marah. Masalah memang akan ada, yang membezakannya adalah bagaimana anda menyelesaikannya.

Tidak memaklumkan pada bank

Tidak maklum pada bank

Jarang sekali pengembara di Malaysia memaklumkan kepada bank bahawa mereka akan ke keluar negara untuk sekian-sekian masa.

Cuba anda bayangkan sekiranya terjadi apa-apa kepada anda semasa mengembara. Bukan ke itu menyusahkan ramai pihak. Tak salah sekiranya ambil inisiatif memaklumkan kepada bank yang anda tidak ada di dalam negara pada waktu tertentu.

Inilah beberapa kesalahan yang kerap dilakukan masyarakat Malaysia. Jadi, ingat anda perlu elakkan beberapa kesalahan ini agar perkara buruk tidak terjadi.

 

Sumber: LIBUR, Harian Metro

 

 

 

 

 

Comments

comments