Seorang Pakar Virologi Bakal Mendedahkan Bukti COVID-19 Berasal dari Makmal China

Pastinya pelbagai jenis teori konspirasi yang telah kita dengar mengenai penularan wabak COVID-19.

Secara umum, COVID-19 dipercayai bermula dari sebuah pasar basah yang terletak di Wuhan, China.

sumber – National Geographic

Namun, seorang pakar virologi, Dr-Li-Meng Yan bakal mendedahkan data saintifik untuk membuktikan bahawa COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan.

“Perkara utamanya ialah (punca) di pasar daging di Wuhan itu adalah usaha untuk mengaburi mata, dan virus ini bukan terhasil secara semulajadi”

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan republik itu untuk mengaburi mata dan menyembunyikan kebenaran supaya seluruh dunia masih mempercayai bahawa COVID-19 ini berasal dari sebuah pasar di Wuhan, China.

Dr Yan berkhidmat di sebuah institusi pengajian awam di Hong Kong dalam bidang virologi dan imunologi yang juga diklasifikasikan sebagain antara pusat rangkaian WHO bagi kajian penyakit berjangkit.

Advertisement

Sebelum ini, beliau pernah mendakwa menemui bukti jangkitan virus dari manusia dan kemudian melaporkan perkara itu kepada penyelianya.

Tiada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan China mahupun WHO buat masa kini.

Sumber : Tech Times

Comments

comments