Seorang Pencinta Kucing Kongsikan Cara Membuat DIY Cat Feeder Untuk Kucing Belakang Rumah

Pastinya ramai diantara kita yang sering dikunjungi si meow, terutamanya di kawasan belakang rumah.

Seorang pencinta kucing Eddie Mustaffa mengkongsikan beberapa tips dan cara mudah untuk membuat DIY Cat Feeder Untuk Si Meow Belakang Rumah. 

Cara-caranya cukup mudah, 3 langkah sahaja

Bahan-bahannya ialah :

2 biji botol mineral water 10 liter, cable tie, super glue & gula secukup rasa.

Botol yang besar yang isi makanan tu tebuk kat bahagian bawah dalam anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.

Advertisement

Botol yang untuk takung makanan pula potong ambik bahagian bawah aje lebih kurang 4 ke 5cm tinggi dari bawah. Kemudian potong pulak sikit kat bahagian yang kita nak sambung kat botol tinggi isi makanan.

Nak sambung cuma pakai cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue.

Semoga perkongsian beliau ini dapat mengemaskan sikit laman belakang rumah anda. Takda la bersepah sangat dengan makanan kucing nanti kan?

Comments

comments