Seorang Rakyat Malaysia Antara Mangsa Tembakan Rambang di Masjid New Zealand

101

Hari ini adalah hari yang paling gelap untuk New Zealand di mana berlaku insiden tembakan secara rambang di Christchurch. Sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia adalah mangsa yang tercedera dalam insiden itu.

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellinton di laman Twitter.

Seperti yang dilaporkan, terdapat kejadian  tembakan di masjid sekitar Christchurch pada 1.40 petang hari ini.

Pihak berkuasa New Zealand juga telah mengesahkan beberapa kematian dalam serangan tetapi tidak mengeluarkan angka yang tepat.

Satu lagi tweet oleh Menteri Luar, menyebut mangsa kini dalam keadaan stabil dan isterinya telah dihubungi. Butiran mangsa sudahpun dikeluarkan.

 


Penguasa polis New Zealand, Mike Bush menerusi laporan media tempatan dipetik berkata setakat ini empat suspek telah ditahan yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita. Berkemungkinan kes ini berkaitan dengan pengganas.

Sumber : Malaysia Update

Comments

comments