Sepanyol Lanjutkan Tempoh Darurat Apabila Kes Jangkitan COVID-19 Kini Hampir Mencecah 30,000

sepanyol covid-19

Perdana Menteri Sepanyol akan melanjutkan tempoh darurat berikutan kadar kematian akibat COVID-19 semakin mencatatkan peningkatan setiap hari. Tempoh darurat di Sepanyol akan dipanjangkan sehingga 11 April ini selepas kes jangkitan kini berada pada tahap hampir 30,000 kes.

Pedro Sanchez, Perdana Menteri Sepanyol berkata ‘kita kini di dalam perang’ dan menyeru negara Eropah yang lain untuk turut sama melancarkan perang ke atas wabak ini. Sepanyol mula umumkan perintah berkurung pada 14 Mac yang lalu selama 15 hari mengikut perancangan awal.

Namun cadangan untuk melanjutkan tempoh darurat ini perlu mendapat persetujuan daripada parlimen terlebih dahulu. Sanchez berharap semua pihak bersetuju dengan lanjutan ini sekaligus menjadikan ianya pertama kali dalam sejarah negara itu, tempoh darurat dilanjutkan.

sepanyol covid-19

Setakat semalam, kes kematian melonjak naik kepada 1,720 berbanding 1,326 sebelum ini. Manakala kes kematian meningkat kepada 28,572 dari 24,926 berdasarkan data yang dikongsikan Menteri Kesihatan Sepanyol.

Berikutan kes yang semakin meningkat, rakyat Sepanyol mula panik dan berpusu-pusu mendapatkan bekalan topeng muka. Keadaan ini telah membuatkan topeng muka mendapat permintaan yang sangat tinggi pada masa ini.

Keadaan ini telah menyebabkan harga topeng muka melambung kepada €300 bersamaan RM1,419 meningkat beberapa kali ganda dari harga asal. Semuanya gara-gara bekalan topeng muka yang semakin tidak mencukupi dan orang ramai perlu membayar lebih untuk mendapatkannya.

Artikel berkaitan: 5 Doktor Itali Meninggal Dunia Dan 2,600 Staff Kesihatan Disahkan Positif COVID-19

Sumber

Comments

comments