Sepanyol Umum Perintah Darurat Kali Kedua

Bertujuan untuk mengawal dan menangani penularan wabak COVID-19, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez tampil mengisytiharkan perintah darurat kedua buat negara tersebut.

Berita itu dikongsi menerusi sebuah ucapan yang disiarkan di stesen televisyen.

Ungkapnya, perintah tersebut berkuat kuasa pada 25 Oktober ini.

Advertisement

Perintah darurat dilaksanakan berikutan negara itu merekodkan lebih sejuta kes jangkitan COVID-19 sekaligus menjadikan ia negara pertama paling teruk terjejas di rantau Kesatuan.

Untuk rekod, perintah berkurung akan dikuat kuasakan bermula jam 11 malam hingga 6 pagi (waktu tempatan) di seluruh negara kecuali di Kepulauan Canary.

“Pemimpin 19 wilayah Sepanyol juga akan diberi kuasa untuk menetapkan tempoh berbeza bagi melaksanakan perintah berkurung yang ketat, menutup sempadan wilayah dan mengehadkan perjumpaan sosial kepada enam individu. Sepanyol dan rantau Eropah kini berdepan gelombang kedua pandemik ini,”

Dedah pemimpin itu lagi, sekitar minggu depan beliau khabarnya akan meminta kelulusan Parlimen untuk melanjutkan tempoh darurat tersebut selama enam bulan sehingga Mei 2021.

Terdahulu, negara itu telah diisytihar darurat pertama pada Mac 2020.

Sumber: Harian Metro

Comments

comments