Serah Lesen Terbang Atau…

195

Kira-kira 14,000 lesen terbang dikeluarkan sejak dua tahun lalu susulan pembongkaran sindiket pengeluaran lesen tanpa mengikut prosedur sah, baru-baru ini.

Pemilik lesen memandu terbang diberikan tempoh sebulan untuk tampil dan menyerahkan kembali lesen tersebut kepada Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kita minta mereka tampil secara sukarela dan tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka.”

Sumber: Bernama

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, data dan rekod pemilik lesen tersebut sudah dikenal pasti dan jika mereka tidak memberi kerjasama, tindakan akan diambil keatas mereka.

“Namun, selepas tempoh itu, mana-mana pihak yang didapati memegang lesen memandu tanpa mengikut prosedur ditetapkan akan dipanggil temu siasat mengikut Seksyen 114, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 108 APJ 1987 iaitu hukuman minimum denda RM5,000 atau penjara atau kedua-dua sekali,”

Sebelum ini, pihak kementerian hanya mengambil tindakan kepada sindiket sahaja tapi kali ini tindakan akan diperkuaskan kepada pemilik-pemilik lesen berkenaan juga.

Sindiket itu menggunakan modus operandi memproses maklumat pemohon menggunakan Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara sedangkan pemohon terbabit tidak pernah berkunjung atau bekerja di luar negara serta tidak memiliki lesen memandu di luar negara.

Anthony mengesahkan seramai 12 orang pegawai dan anggota JPJ telah tahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 4 September lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket tersebut.

Tangkapan tersebut dibuat melibatkan kakitangan JPJ yang sedang berkhidmat di negeri Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

“Aktiviti tidak bermoral ini memberi kesan negatif kepada negara termasuk dari segi ekonomi iaitu ketirisan hasil negara dan institut memandu tidak dapat menjana hasil.

 

Lesen terbang berkenaan dijual di antara RM2,000 hingga RM3,500 melalui iklan di laman sosial. Pembeli hanya perlu membuat bayaran dan lesen akan dipos ke rumah.

Comments

comments