Seramai 13 Juta Dah Daftar Vaksin, Hampir 5 Juta Dos Telah Diberikan

Setakat ini, sebanyak 4,904,109 dos vaksin telah diberikan dan daripada jumpah keseluruhan, sebanyak 215,876 dos diberikan semalam. Korang dah dapat kedua-dua vaksin atau satu saja atau belum dapat lagi?

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, 3,435,420 orang menerima dos pertama manakala 1,468,689 orang pula terima dos kedua. Kalau korang yang masih belum daftar tu, pergi je dekat aplikasi MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), seramai 13,837,410 orang telah mendaftar sehingga semalam bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Bagi membolehkan negara kita mencapai imuniti kelompak dengan lebih cepat, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega sudah mula beroperasi. Bukan tu jer, kaedah pandu lalu dan penggunaan fasiliti awam juga juga dijalankan bagi mempercepatkan suntikan vaksin.

Advertisement

Sumber

Comments