Seramai 266 Individu Membunuh Diri Sewaktu PKP

Pastinya, impak PKP dirasai oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira golongan kaya atau kurang berkemampuan.

Namun apa yang lebih menyayat hati adalah berdasarkan statistik PDRM, seramai 266 kes bunuh diri yang dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober.

Bebanan hutang yang melambung naik akibat kehilangan pekerjaan menjadi antara punca seseorang mengambil nyawanya sendiri.

Advertisement

24% dari kes tersebut berlaku akibat masalah keluarga dan 23% berlaku akibat isu domestik atau rumah tangga.

Harus diingatkan juga bahawa kita tidak boleh menghukum atau menilai seseorang itu kerana mengambil nyawanya sendiri. Siapa tahu, masalah mereka, beban yang dipikul tidak mampu diteruskan akibat kehilangan sumber pekerjaan atau pendapatan.

Menurut WHO pula, satu kematian akibat bunuh diri berlaku setiap 40 saat, dan merupakan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berusia 15 hingga 29 tahun.

Sumber

 

 

 

Comments

comments