Serangan Bertalu-Talu, Israel Serang Kota Gaza Di Segenap Penjuru

serangan Israel di Gaza

Kemelut antara Israel dan Gaza masih belum reda apabila Israel melancarkan serangan bertalu-talu di beberapa bahagian Kota Gaza pada Isnin.

Menurut laporan wartawan Agensi Anadolu, pesawat perang Israel mengebom banyak sasaran di selatan, barat dan utara Gaza pada waktu malam.

Saksi berkata, beberapa kawasan milik pejuang Palestin, ladang pertanian, jalan raya dan infrastruktur menjadi sasaran serangan itu serta beberapa pusat keselamatan di selatan dan barat kota diruntuhkan.

Tambah mereka, serangan itu menyebabkan kerosakan besar pada banyak bangunan, rumah, dan jalan dan bekalan elektrik turut terputus di kawasan berdekatan sasaran.

Advertisement

Sementara itu, sayap ketenteraan gerakan pejuang Palestin, Briged Ezzeddin al-Qassam mengatakan, serangan Israel terhadap orang awam dibalas dan mereka membedil roket ke bandar Beersheba dan Ashkelon, dan juga menyasarkan beberapa kawasan penempatan.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Ahad meningkat kepada 197 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita.

serangan Israel di Gaza

Jumlah yang cedera mencecah 1,235 orang, sementara puluhan bangunan musnah atau rosak. Ketegangan baru-baru ini yang bermula di Baitulmaqdis Timur pada bulan Ramadan merebak ke Gaza setelah kumpulan pejuang Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah jika serangan mereka tidak dihentikan.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, tempat Al-Aqsa berada, semasa perang Arab-Israel 1967. Ia menceroboh seluruh kota pada 1980 dalam gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

SUMBER

Comments

comments