Serangan Spyware Israel, 1.5 Bilion Pengguna WhatsApp Perlu  Naik Traf Aplikasi Segera! 

9169

WhatsApp menggesa 1.5 bilion penggunanya untuk menaik taraf aplikasi itu selepas mengesan kelemahan pada sistem keselamatan.

Serangan spyware dari Israel itu dilapor menyasarkan pengguna telefon bimbit Android dan juga iPhone.

Dalam kenyataan syarikat itu pada Isnin, aplikasi tersebut dikesan mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam memuat naik kod berbahaya pada peranti pengguna.

Pengodam kemudian akan menelefon peranti dari WhatsApp Call dan menghantar kod yang kemudiannya akan dipasang walaupun pengguna tidak menjawab panggilan.

Panggilan yang dibuat oleh pengodam akan hilang dari log panggilan peranti kerana penggodam mempunyai kawalan aplikasi.

Bagi anda yang berkerja sebagai peguam, aktivis, pekerja hak asasi manusia ataupun wartawan, ianya akan menyusahkan kerja anda apabila Whatsapp anda berjaya digodam.

Mengikut komuniti yang tidak mengaut keuntungan, target serangan ini adalah wartawan sebenarnya dan mereka semua perlu melindungi data yang ada.

WhatsApp telah mengeluarkan security fix pada Isnin susulan kebimbangan. Syarikat aplikasi mudah alih yang dimiliki Facebook dalam kenyataan berkata serangan itu serupa dengan spyware yang dihasilkan agensi perisikan.

Menurut Financial Times, spyware itu dihasilkan syarikat keselamatan siber dan perisikan Israel, NSO Group, setelah penyelidik menemukan persamaan pada jejak digital daripada syarikat itu.

Comments

comments