Seremban Dikenakan PKPB Selama 14 Hari Bermula Khamis Ini

SEMENYIH 17 MEI 2020. Anggota polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya bagi menghalang orang awam mengambil kesempatan melakukan perjalanan rentas negeri ketika tinjauan rentas negeri sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Beranang, Semenyih. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh daerah Seremban di Negeri Sembilan selama 14 hari bermula 5 November iaitu Khamis ini hingga 18 November depan.

Keputusan itu diputuskan pihaknya atas nasihat yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan kes COVID-19 semakin meningkat di daerah terbabit.

“Pelaksanaan PKPB ini meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng. Prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,”

Untuk rekod, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai di negeri itu kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

Advertisement

Sumber: BH Online

Comments

comments