Set Pinggan Mangkuk Antik Tahun 90-an Kini Bernilai Hampir RM24,000

pinggan seramik

Sebelum ini, tular di laman Facebook apabila seorang pemilik akaun yang dikenali sebagai Suziani Abd Ghani memuat naik harga pasaran terkini set pinggan mangkuk yang sering digunakan oleh para ibu di dapur.

Lebih mengejutkan, kini pinggan mangkuk antik jenama Corningware Vintage tersebut mencecah harga AS$6,000 (RM24,000) menerusi jualan dalam talian.

Harga set pinggan mangkuk terbabit dikatakan melonjak naik apabila semakin mendapat permintaaan tinggi oleh pengumpul barangan antik dari luar negara khususnya dari Amerika Syarikat.

Suziani turut menyatakan perasaan terkejut setelah melihat harga set pinggan mangkuk di laman ebay dan Lazada. Harga jualan bermula RM5,000 hingga RM24,000 bergantung kepada individu yang ingin menjual set tersebut.

Advertisement
senarai harga
Sumber

Set pinggan mangkuk yang pernah popular sekitar tahun 1990-an kini mempunyai nilai harga yang sangat tinggi. Kebiasaannya, kita sering melihat pinggan mangkuk ini akan berada di setiap almari seseorang yang bergelar ibu.

Suziani pada mulanya tidak menyangka set pinggan mangkuk yang dimiliki ibunya serupa dengan set pinggan mangkuk yang dijual dalam talian tersebut. Selepas menggeledah almari ibunya, dia menjumpai set pinggan mangkuk yang mempunyai corak yang sama dengan gambar yang dipamerkan.

pinggan seramik
sumber

Perkongsian tersebut turut berjaya mengumpulkan beberapa kenalan yang turut sama mempunyai set pinggan mangkuk daripada jenama yang sama. Rata-rata netizen yang memberi komen tidak menyangka harga set pinggan mangkuk terbabit boleh mencecah ribuan ringgit sedangkan pinggan mangkuk tersebut digunakan hampir saban hari.

Pengguna lain turut berkongsi di ruangan komen yang mengatakan set pinggan mangkuk tersebut antara koleksi yang dimilikinya hampir 40 tahun. Koleksi tersebut tidak akan dijual sama sekali dan akan menjadikan sebagai harta pusaka.

pinggan seramik
Sumber

Keluaran set pinggan mangkuk zaman dahulu sangat berbeza dengan keluaran sekarang yang mudah didapati di pasaran. Perbezaan yang ketara adalah dari segi kualiti pembuatan.

Kilang yang dahulu menghasilkan pinggan mangkuk ini menggunakan kaca seramik asli iaitu ‘Pyroceram’. Kaca seramik jenis ini mampu menahan haba dan boleh digunakan terus dalam ketuhar.

Kebanyakan kilang yang menghasilkan pinggan mangkuk seperti itu telah menghentikan penghasilan kerana kekurangan sumber di samping permintaan yang tinggi. Pinggan mangkuk yang berada di pasaran tidak sama seperti kualiti yang dikeluarkan dahulu.

Comments

comments