Setan Pun Terkejut, Pasangan Kekasih Kantoi Mencuri Kasut Sama-Sama

5497

Aduyai, sweet sungguh pasangan bercinta ini mencuri kasut bersama-sama kata netizen yang melihat video tular ini.

Dikatakan mereka ini adalah pasangan kekasih sedang mencuri kasut di Vista Tasik kondominium, Bandar Sri Permaisuri.

Ini telah dimuatnaik oleh seorang lelaki memberi amaran kepada semua “Tolong hati-hati semua, pencuri ada di mana-mana. Salah aku juga tak letak kasut di dalam rumah. Kalau sesiapa kenal, cakap dekat dua ekor ini supaya aman dunia akhirat di Twitternya.


Menurut Sinar Harian, pemilik kasut tersebut memberitahu ketika kejadian dia tiada di rumah kerana membawa ayahnya ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

Kehilangan kasut itu disedari keesokannya ketika mahu keluar bekerja. Saya bertanyakan kepada jiran untuk melihat CCTV di rumahnya.

Saya nampak satu pasangan mendekati rumah dan perempuan tersebut telah memasukkan dua kasut milik saya ke dalam beg tangannya.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Vista Tasik Condo, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Pemilik kasut telah membuat laporan kepada pengawal keselamatan berhubung kejadian ini.

Beliau juga turut membuat bebenang di Twitternya memaklumkan no pendaftaran kereta pencuri tersebut, WLN1558.

“Ayuh rakan sosial media sosial, tangkap setan ini”.

Susulan itu, beliau juga membuat laporan polis berkaitan kes tersebut bersama-sama semua bukti rakaman CCTV di Balai Polis Sungai Besi.

Rata-rata netizen yang melihat rakaman CCTV marah dengan perbuatan yang dilakukan oleh pasangan kekasih ini.

komen netizen

Semoga pasangan ini cepat-cepatlah bertaubat. Anda juga jangan tinggalkan kasut di luar rumah, zaman sekarang ini banyak sangat pencuri.

Sumber: Twitter

Comments

comments