Setelah Tamat Tempoh Reman, “Team” Youtube Turun Ke Kelantan Untuk Beri Sokongan

Umum diketahui bahawa baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang YouTuber yang cukup terkenal telah didakwan mencabul seorang wanita.

Dikatakan kes tersebut berlaku pada 1 Ogos yang lalu.

Individu yang berusia 22 tahun itu, telah memberi kerjasama dengan menyerah diri di IPD Kota Bharu pada 10 Disember kira-kira jam 10.30 pagi.

Baru kita kenal siapa kawan dan siapa sahabat.

Itulah ungkapan yang dimuat naik di laman Instagram Youtuber tersebut. Sebagai tanda sokongan, rakan-rakan sekerjanya turut ke Kelantan untuk bertemu dengannya.

Advertisement

Tiada keputusan yang dibuat secara rasmi oleh pihak polis. 

Setakat ini, beliau juga menyeru agar semua pihak menunggu keputusan dari PDRM berhubung kes yang masih tular di laman sosial ini. Walaupun telah direman, beliau masih lagi tidak disabit kesalahan.

Walau apapun, kami berharap agar segalanya akan selesai dengan baik-baik sahaja. Kami pun selalu juga layan video-video Isaisarb nie.

Sumber 

 

Comments

comments