Cameron Highland Kini Menawarkan Tarikan Terbaru, Sheep Sanctuary

435

Cameron Highland cukup terkenal dengan kawasan tanahnya yang tinggi dan cuaca yang dingin dan aktiviti pertaniansekaligus telah mewujudkan pemandangan yang cantik dan nyaman.

Hasilnya, ia telah berjaya untuk menarik perhatian pelancong untuk datang ke sana.

Tetapi tahukah anda, di Cameron Highland juga kita boleh melihat spesies biri-biri yang diimport khas dari Australia?

Salah seekor biri-biri yang terdapat di di ladang ini

Kini Cameron Highland mempunyai ladang biri-biri iaitu The Sheep Sanctuary di Kea Farm, Brinchang. Ladang ini telah diinspirasikan daripada ladang biri-biri di Taiwan dan dipercayai telah dibuka sejak 2 tahun yang lalu.

Sebanyak 14 ekor biri-biri baka Merino ini dikatakan hanya dibiarkan bergerak secara bebas di dalam ladang tersebut.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat biri-biri dari jauh malah pengunjung juga dapat bergambar serta bermesra dengan biri-biri di ladang itu.

biri-biri yang kelihatan jinak seolah-olah menyambut pengunjung yang datang

Pengunjung kanak-kanak yang teruja melihat biri-biri Seorang pengunjung yang sedang mengusap seekor biri-biri yang jinaksalah seorang pengujung yang teruja memberi makan kepada Biri-biri

“Sebab ramai cakap gebu and here they are. Gebu gebas weyhhhh bulu diorang”

Menurut perkongsian salah seorang pengunjung yang datang ke sini, beliau mengatakan bahawa biri-biri di sana sangat jinak dan tidak kisah jika dipeluk orang. Tambahnya lagi, pengunjung juga berpeluang memberi makan kepada biri-biri tersebut.

“comel wehhhh”

Menurut pengunjung yang datang bayaran kemasukan adalah sebanyak RM8 untuk orang dewasa. Pengunjung juga boleh membeli makanan berharga RM3 untuk diberikan kepada kambing biri-biri.

Comments

comments