Shopee Terajui Pasaran E-Dagang Menewaskan Lazada

234

Dalam dunia yang serba canggih pada hari ini membataskan pergerakkan manusia dalam melaksanakan sesuatu hal seperti membeli-belah, membayar bil dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah syarikat-syarikat E-dagang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Shopee antara syarikat yang baru sahaja bertapak dalam industri ini. Dalam masa 3 tahun ini juga shopee sudah  mampu menewaskan pesaingnya iaitu Lazada.

Shopee juga menjadi pilihan utama pada beberapa buah negara seperti Malaysia, Taiwan, Indonesia dan Vietnam. Ini sekaligus menjadikan ia antara laman e-dagang terbesar di asia tenggara.

Dilihat bakal menerajui pasaran e-dagang kerana mempunyai seramai 80 juta pengguna yang memuat turun aplikasinya di rantau ini berbanding Lazada, The Gioi Di Dong dari Vietnam serta Tokepedia dan Bukalapak dari Indonesia.

LAZADA-DBPLUS-RECEPTION-e1526868653139
THEGIOIDIDONG-1
hzouutgz63cvunyazqzb
Cara-mendapatkan-supplier-produk-termurah-di-Bukalapak
Bukan itu sahaja, Shopee juga dikatakan menjadi salah satu platform membeli-belah yang memudahkan dan selamat.

Dengan aplikasi yang mudah dan hanya boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit ia memberikan kelebihan untuk meraih lebih ramai pelanggan berbanding dari syarikat perniagaan e-dagang yang lain.

Selain itu, Shopee dilihat berjaya mencipta satu platform yang menepati kehendak pelanggan masa kini. Setakat ini terdapat lebih 5,000 jenama dan pengedar ternama menyertai Shopee yang turut membabitkan 180 juta senarai produk aktif.

Syarikat e-dagang ini turut meraih sebanyak 158.5 juta tempahan yang bernilai RM11.28 billion bersamaan dengan $2.7 billion USD.

Shopee juga berhasrat melancarkan Shopee Mall iaitu satu portal beli-belah premium yang bakal menawarkan lebih banyak produk dan pelbagai jenama terkemuka. Ini sekaligus menyahut hasrat kerajaan bagi meningkatkan ekonomi digital menjelang 2020. –Amazingnara.com

 

 

Comments

comments