Si Cilik Terlalu Sayangkan ‘Si Bulus’, Kalau Boleh Nak Bawa Semua Kucing Jalanan Balik Rumah

Bagi pecinta kucing sudah pasti akan merasa kasihan dan prihatin terhadap kucing-kucing jalanan mahupun yang berada dalam keadaan sihat ataupun sakit. Begitu juga yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak lelaki ini yang terlalu obses dengan kucing.

Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Nazril Irham, 5, sangat obses dengan kucing sehingga mahu membela setiap kucing jalanan yang ditemuinya. Minat anak kecil ini dikongsi oleh ibunya menerusi akaun TikTok miliknya.

@suefarahanis

Abg long Pencinta kucing???jgn kita siksa haiwan ok??nanti abg long sedih #pecintakucingkampung #kucingjalanan

? original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad

Sue Farahanis, 30, menyatakan anaknya yang mesra dipanggil Abang Long sangat menyayangi kucing. Ini mungkin disebabkan pembawakan ketika dia mengandungkan Abang Long.

Advertisement

“Masa Abang Long dalam kandungan, saya sentiasa melekat dengan kucing. Jika tidak dapat belai kucing dalam satu hari pasti akan rasa tertekan”-katanya

Tambahnya, sejak bayi lagi anak tunggalnya itu suka dan selesa bermain dengan kucing. Setakat ini, anaknya sudah membela hampir 20 ekor kucing yang ditemuinya di jalanan.

Jika dia membawa anaknya ke kedai makan atau taman permainan, pasti akan ada kucing yang mendekatinya terlebih dahulu daripada orang lain.

@suefarahanis

Balas kepada @nuhasarah5 AMINN.. ABG LONG TERLALU OBSES DGN KUCING JALANAN. KALAU BOLEH SEMUA NAK BAWAK BALIK..#pencinta_kucing #fyp??viral

? bunyi asal – SUE FARAHANIS? – SUE FARAHANIS?

“Dia akan meronta, menangis dan memujuk ibunya untuk membenarkannya membawa kucing jalanan yang ditemuinya untuk dibawa pulang ke rumah” 

Pun begitu, dia juga turut menasihatkan anaknya supaya membela kucing yang betul-betul memerlukan bantuan dan perhatian seperti kucing yang sakit atau anak kucing yang tiada ibu atau tiada tuan.

Sikapnya anaknya yang penyayang itu menjadikan dirinya disenangi oleh rakan sebayanya di sekolah dan penduduk sekitar rumah  kerana hampir setiap hari memberi makanan kepada kucing jalanan sejak tahun 2019.

Semoga adik ini membesar jadi anak yang baik dan saling menyayangi terutamanya kepada haiwan jalanan.

Sumber

 

Comments

comments