Siap Terus Jalan – Netizen Mohon Menteri Semua Naik Basikal Macam KJ

Umum diketahui bahawa Menteri Sains dan Teknologi YB Khairy Jamaluddin telah mengalami kecederaan di bahagian muka akibat kemalangan sewaktu berbasikal di Kuala Langat.

Susulan itu, pihak JKR Kuala Langat menerusi tweet mereka telah memohon maaf pada YB KJ.

BACA : YB Khairy Jamaluddin Jatuh Kena Lopak, JKR Menggelupur Minta Maaf – Netizen

Esok terus siap sebab VIP yang kena

Malah lebih mengejutkan, ramai yang melabel respon JKR sebagai bersejarah apabila pada hari ini, jalan telah diturap semula.

Advertisement

Ada juga yang menggesa agar semua menteri menaiki basikal seperti YB KJ supaya mereka dapat melihat dengan sendiri, betap teruknya kualiti sesetengah jalanraya di Malaysia.

Mungkin ada betulnya, kerana tidak dapat dinafikan bahawa respon yang diberikan kepada rakyat biasa apabila menerima aduan mengenai kondisi jalanraya yang tidak selamat selalunya mengambil masa yang cukup lama.

SUMBER 

 

Comments

comments