Sikap Prihatin Rakan Berbangsa India Bantu Betulkan Kiblat Untuk Solat Buat Netizen Terharu

rakan india

Hubungan persahabatan di antara sahabat berlainan bangsa ini menerima perhatian netizen baru-baru ini. Ini adalah susulan sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini mengenai rakannya yang berbangsa India ini cuba membantu betulkan arah kiblatnya.

Video berdurasi 10 saat yang dimuatnaik di Twitter ini menerima lebih 5,000 retweets tidak sampai 24 jam ianya dikongsikan. Di dalam video tersebut, rakannya Leonard memeriksa kompas di telefon miliknya bagi mendapatkan kiblat yang betul untuknya solat.

“Tengok macam mana kawan India saya bantu betulkan kiblat dengan tepat.”

Di dalam video yang dirakamkan ini, Amer yang berada di rumah Leonard itu mahu menumpang solat Maghrib dan bersiap sedia membentangkan sejadah. Sambil menunggu masuk waktu, Leonard kemudian bertanya arah mana yang perlu diikut jika mahu solat.

Advertisement

“Dia tanya I solat ikut arah apa, so I cakap la kalau kat malaysia it’s 292-291 degree. So dia pakai compas kat phone check.”

Video ringkas yang dimuatnaiknya ini telah membuatkan rata-rata netizen berasa tersentuh dengan keprihatinan yang ditunjukkan rakannya itu. Walaupun berlainan bangsa dan agama, sikap hormat menghormati di antara mereka wajar diberikan pujian.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments