Siri Terbaru Netflix Berjudul ‘Messiah’ Menceritakan Tentang Dajjal?

Plaform streaming service, Netflix bakal muncul dengan siri terbaru berjudul Messiah yang akan ditayangkan pada 1 Januari 2020. Menerusi trailer yang dikongsikan, ramai yang percaya siri itu adalah berkisarkan tentang ‘Dajjal’.

Trailer yang mula ditayangkan pada tiga hari lalu mencetuskan kontroversi terutamanya dalam kalangan penonton Muslim seluruh dunia. Sehinggakan siri baru itu mula trending di laman Twitter. Untuk yang nak tahu kenapa ianya trending, boleh tonton trailer di bawah.

Messiah lelaki utusan

Musim pertama siri Messiah menceritakan tentang seorang pemuda dari Syria yang mendakwa dirinya adalah ‘utusan’ untuk menyampaikan mesej. Lelaki misteri itu dikatakan tiba di bumi untuk menjalankan misi yang diutuskan Tuhan.

Advertisement

netflix messiah
Watak yang dilakonkan oleh Mehdi Behdi itu juga dikurniakan dengan keupayaan untuk memberikan keajaiban dan menarik perhatian ramai. Dipendekkan cerita, lelaki berkarisma ini mempunyai pengikut yang ramai yang percaya dia mampu memberikan keajaiban.

Spoiler terbesar

netflix
Walaupun siri ini masih belum ditayangkan lagi tetapi Muslim seluruh dunia terlebih dahulu mengetahui plot twist cerita ini berdasarkan nama watak utamanya. Lelaki misteri itu dinamakan sebagai ‘Al-Masih’.

Kalau anda cuba Google ‘Al-Masih ad-Dajjal’ pasti maklumat yang anda dapat adalah tentang Dajjal itu sendiri. Yang mana jika di translate maksudnya dari bahasa Arab iaitu ‘the false messiah, liar, the deceiver’. Maksudnya, siri ini berkemungkinan besar sememangnya berkisahkan tentang Dajjal.

Netflix Messiah musim pertama akan ditayangkan pada 1 Januari 2020 ini. 

Artikel berkaitan: Netizen Kecam Tindakan Finas Tapis Filem Netflix, Kini Heboh Kemunculan Aflix

Comments

comments