Siri Ultraman Ribut Nyata Dilihat Memakai Samping Songket

ultraman ribut

Ultraman Ribut pakai samping songket? Itulah apa yang dikongsikan ahli Ultraman Maniac di Facebook yang menunjukkan Ultraman Ribut dalam bentuk human form.

Baca: Penulis Watak Ultraman Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun Akibat Kanser

Pertama kali muncul dalam siri Upin dan Ipin, peminat Ultraman semakin teruja apabila akan ada siri nyata melibatkan Ultaman Ribut. Berdasarkan laporan, Ribut dijangka muncul dalam siri Ultraman Triger pada bulan November nanti. Peminat Ultraman dari Malaysia pastinya tak sabar nak melihat kemunculan human form ni.

This image has an empty alt attribute; its file name is 242008073_4699047673473104_1851955996405658492_n-edited.jpg

Advertisement

Gambar ini diambil dari majalan Televi-Kun edisi Oktober 2021 dan Ultraman Ribut akan dilakonkan oleh pelakon Jepun Tsuchiya Shinba. Paling menarik perhatian adalah penggunaan songket sebagai samping, lengan panjang berwarna putih, vest coklat dan pengikat kepala hitam. Tidak pasti samaada itu baju melayu ataupun bukan.

Sebelum ini, Ultraman Ribut telah muncul dalam siri Ultra Galaxy Fight New Generation dan itu adalah pertama kali mereka menunjukkan seni Silat dalam gaya berlawan Ultraman.

Tak sabar pula nak tonton Ultraman Trigger: New Generation Tiga karya Tsuburaya Productions nanti. Siri ini dihasilkan bersempenan ulang tahun Ultraman Tiga yang ke-25.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERUltraman Maniac

Comments