Sistem Kebajikan Britain Sebabkan Sesetengah Rakyatnya Jadi Pemalas – Bapa Ashraf Rossli

Kedua ibu bapa Ashraf Rossli, pelajar Malaysia yang dirompak dan ditumbuk sehingga patah rahang oleh sekumpulan pemberontak di Britain mendakwa dasar kebajikan di Britain telah menyebabkan sesetengah rakyatnya menjadi pemalas.

Dengan tenang, pegawai tentera yang sudah bersara, Rossli Harun dan isterinya, seorang guru sekolah rendah Maznah Abu Mansor semalam bercakap kepada wakil The Mail UK di rumah datuk dan nenek Ashraf di pinggir Kuala Lumpur tentang kesan serangan tersebut kepada Ashraf secara psikologi dan apa yang telah dipelajari tentang negara itu.

Kritik: Rossli Harun dan Maznah Abu Mansor (bersama anak bongsu mereka, Futri) memberikan pendapat kritis tentang penyerang Ashraf

Rossli berkata:

Budak lelaki yang menyerang anak saya masih muda – hanya berusia 17. Tetapi dia tidak bersekolah, tidak bekerja dan mendapat wang dari kerajaan.

Sistem kebajikan di Britain membuatkan rakyatnya menjadi pemalas. Di Malaysia, sekiranya kamu mahukan wang, kamu perlu bekerja. Dan jika kamu mahu wang yang lebih banyak, kamu perlu belajar bersungguh-sunguh.

Di Britain, rakyat yang bekerja membayar cukai, dan cukai itu kemudiannya diberikan pada rakyat yang tidak bekerja. Saya tidak faham itu.

Lelaki berusia 50 tahun itu berkata, serangan berani itu yang berlaku di London Timur, telah meninggalkan kesan psikologi kepada anak lelakinya.

Advertisement

Sekarang, bila dia melihat sekumpulan manusia datang kepadanya di jalanan, dia akan menyeberang jalan dan berjalan di seberang jalan.

Dia masih terkesan dengan apa yang berlaku dan saya tidak pasti berapa lama keadaannya akan terus begitu, mungkin lama juga.

Klip video menunjukkan serangan terhadap Ashraf, dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh seorang saksi dan dipaparkan ke seluruh dunia, serta memalukan Britain.

Ia menunjukkan seorang pelajar perakaunan, dengan mulut berdarah dan sedikit ‘mamai’ selepas ditumbuk dan basikalnya dirompak, dibantu untuk berdiri oleh dua orang lelaki yang belakon seolah-olah membantu Ashraf. Pada masa yang sama, mereka mencuri satu konsol permainan video dari Ashraf dan permainan lain yang bernilai  RM 2,500.

Jumaat lepas,  John Kafunda (gambar kanan di bawah) dari Ilford, Reece Donovan (kiri dalam gambar di bawah) dari Romford, disabitkan bersalah di Mahkamah Wood Green Crown kerana berkelakuan ganas, rompakan and kemudian merompak gedung Tesco.

Dalam satu perbicaraan awal, Beau Isagba (gambar di bawah) yang berusia 17 tahun didapati bersalah menumbuk dan menyebabkan rahang Ashraf patah sewaktu cuba mencuri basikalnya.

Tetapi pendedahan yang Isagba tidak bekerja dan diberi wang faedah mengejutkan Rosli. Selepas serangan yang berlaku pada 8 Ogos tahun lepas , ibubapa Ashraf telah dibawa melawat sekitar London oleh pihak berwajib di sana. Pengalaman mereka menguatkan keyakinan yang Britain ialah sebuah negara yang bagus, tetapi mereka juga bimbang dengan hakikat yang pemberontakan yang telah berlaku juga sebenarnya akibat sistem yang memberikan faedah kepada ‘pengacau’ dan golongan yang malas bekerja. Tambah Encik Rossli:

Sistem seperti ini tidak bagus, saya percaya jika anda sihat dan tak ada apa-apa masalah, anda perlu bekerja. Mereka tidak sepatutnya memberikan wang pada golongan yang boleh bekerja tapi tidak bekerja.

Anda patut hanya memberi wang kepada yang layak – golongan kelainan upaya, yang sakit, atau yang dalam kesusahan. Bukan yang sihat dan boleh bekerja, tetapi memilih untuk tidak bekerja.

En Rossli juga berkata: ‘terserah kepada ibu bapa mereka untuk mendidik mereka tentang sivik dan disiplin,” ketika ditanya tentang pendapatnya tentang anak-anak muda yang menyerang Ashraf.

Dia juga mengkritik polis Britain:

‘Polis di Malaysia, kalau berlaku begitu, pasti awal-awal sudah bertindak. Polis di negara kamu biarkan saja masalah menjadi semakin serius sehingga ia berada di luar kawalan. Saya tidak faham mengapa orang-orang dibiarkan memberontak dan merompak seperti itu. Di sini kamu boleh ditangkap jika berbuat kesalahan, di Britain nampaknya tidak boleh.’

Kerajaan Malaysia dikenali kerana ketegasan, tetapi selepas ini terjadi, En. Rossli memberitahu ada yang bertanya pada Ashraf kenapa dia keluar pada masa pemberontakan sedang berlaku, dia menjawab:

Kerana di Malaysia kami sentiasa bebas berjalan di luar. Apabila perkara seperti ini berlaku di Malaysia, mereka cepat bertindak. Mereka tidak membiarkan semuanya di luar kawalan. Jalan-jalan adalah selamat.

Ashraf ialah merupakan seorang pelajar pintar di sekolah yang telah meraih biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di Britain kerana kecemerlangan akademiknya.

Datuk Ashraf, Abu Mansor Bin Mohammad Noh, 79, yang membesar sewaktu zaman pemerintahan British di Malaysia, berkata dia terkejut Ashraf diserang sebaik saja baru menyesuaikan diri di London.

Tetapi dia percaya cucunya itu patut terus berada di UK.

Saya masih fikir England ialah tempat yang bagus dan saya bangga sebab cucu saya dapat belajar di sana. Dia ahli keluarga saya yang pertama dapat belajar di luar negara.

Apa yang berlaku pada Ashraf tidak membuatkan saya berasa Britain negara yang buruk. Hanya segelintir saja yang memburukkan nama negara ini.

Saya percaya hampir kesemua rakyat Britain ialah orang baik-baik.

Apa yang menarik, tinjauan kami mendapati kebanyakan rakyat Britain sendiri bersetuju dengan pendapat En. Rossli.
Sumber.

Comments

comments