SKMM Nasihat Pengguna Facebook Dan Instagram Di Malaysia Ubah Kata Laluan

Facebook telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai semakan keselamatan yang mendapati sejumlah besar kata laluan disimpan dalam bentuk teks biasa pada sistem data.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan yang menasihati orang ramai untuk menukar kata laluan Facebook dan Instagram.

Sebelum ini dalam kenyataan memberitahu bahawa pihak mereka sudah menyelesaikan masalah tersebut, namun Facebook mula menyedari masalah ini berlaku selepas mengadakan sekuriti pada Januari lalu. Kesan daripada itu, beberapa aplikasi dibawah pengawasan Facebook juga terjejas iaitu Instagram dan Facebook Lite.

Advertisement

Sebagai langkah berjaga-jaga, SKMM menasihati para pengguna Facebook dan Instagram di Malaysia yang menerima makluman ini agar menukar kata laluan masing-masing.

Penukaran kata laluan secara terus di aplikasi tersebut mengelakkan pihak yang cuba ambil kesempatan dengan memperdaya orang ramai melalui kaedah penipuan dan penyamaran.

 

Sumber: SKMM

Comments