Jangan ‘Sanitize’ Skrin Mesin ATM Ketika PKP Kerana Boleh Menyebabkan Kerosakan

mesin atm

Wabak virus COVID-19 telah menyerang dunia hanya dalam tempoh yang singkat. Puluhan negara telah menerima penularan wabak ini dan telah mengakibatkan ribuan masyarakat dunia terkorban. Tidak dinafikan, semua masyarakat kini sedang dalam keadaan yang berjaga-jaga dan menjadi paranoid, takut dijangkiti.

Oleh itu, pemakaian topeng muka dan hand sanitizer kini menjadi satu kewajipan apabila berada di tempat awam. Kalau boleh, setiap kawasan yang dikunjungi ingin sahaja disimbah dengan cecair pembasmi kuman agar perasaan panik itu tidak muncul dalam diri.

mesin ATM

Tahukah anda, sebenarnya hand sanitizer harus digunakan untuk membasmi kuman di tangan anda sahaja. Menggunakan hand sanitizer pada permukaan yang sensitif seperti di skrin mesin juruwang automatik (ATM) akan mengakibatkan kerosakan pada skrin tersebut.

Advertisement

Ishak Abu Jamin telah berkongsi tentang kesilapan orang ramai yang tidak tahu tentang bahaya menggunakan hand sanitizer di permukaan skrin. Menurutnya, sudah banyak skrin ATM yang perlu dibaiki akibat kerosakan kerana tabiat orang ramai yang suka mengelap hand sanitizer di atas permukaan skrin.

Ishak menerima aduan daripada kawannya yang bertugas sebagai juruteknik ATM yang mengatakan sudah banyak skrin ATM yang perlu dibaiki atas sikap segelintir masyarakat yang ‘terlalu’ berjaga-jaga ketika musim COVID-19 ini.

Bahan yang terkandung dalam hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol yang tinggi. Kandungan alkohol ini boleh merosakkan komponen dalam mesin ATM. Memadai sekiranya seseorang itu mencuci tangan sama ada dengan sabun ataupun hand sanitizer sebelum dan selepas selesai membuat urusan di mesin ATM.

Jika anda masih berasa tidak selamat, sudah tiba masanya untuk anda membuat sebarang pembayaran secara cashless. Lebih selamat dan anda tidak perlu rasa was-was lagi.

Comments